Polisi Johor Merampas Dadah Bernilai RM1.08 juta

banner 160x600
banner 468x60

JOHOR BAHRU, Nuansasinar.com,-Polis Johor merampas dadah bernilai RM1.08 juta hasil pembongkaran sebuah makmal pemprosesan dadah jenis heroin di Iskandar Puteri pada 23 Mac lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam operasi khas dijalankan di sebuah rumah sewa pada 2 petang, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang bertindak sebagai ahli kimia dan ‘runner’ ditahan.

Beliau berkata lelaki berkenaan dipercayai dibayar gaji sebanyak RM10,000 sebulan untuk membuat dan mengedar dadah kepada pelanggan di sekitar negeri itu.

“Dadah yang dirampas dalam operasi ini terdiri daripada 57.83 kilogram (kg) heroin bernilai RM642,588.88; 4.53 kg heroin base bernilai RM420, 828.56 dan 77.70 kg kafein bernilai RM26,418.

“Selain dadah, pelbagai peralatan untuk memproses dadah turut dirampas. Polis juga menyita lima buah kenderaan, sebuah motosikal, wang tunai RM16,430, pelbagai barangan kemas, 25 utas jam tangan dan 15 akaun bank bernilai RM473,283.42,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Kredit: Bernama

____________________________________

Agensi Antidadah Kebangsaan menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan pemprosesan, pembekalan, penyeludupan, penjualan serta penagihan dadah.

Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

#DadahTerkawal2025
#LebihBaikCegah
#TakPerluStimGuys
#KDN_TogetherWeAreOne
(Red)

Email Autoresponder indonesia
author
No Response

Leave a reply "Polisi Johor Merampas Dadah Bernilai RM1.08 juta"