Pasukan Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melakukan Kesalahan di Bawah Akta 299 Dapatkan Hukuman Setimpal

MALAYSIA,Nuansasinar.com,-Pasukan penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus bertindak dengan memastikan setiap pesalah yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta 299 mendapat hukuman yang setimpal.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya pada 14 April 2021 telah menahan seorang lelaki warganegara Malaysia atas kesalahan mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan Pendaftaran Kelahiran bayinya dan telah didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya." Cakap nya majistret putra jaya malaysia. Sabtu (17/4/2021)

Berdasarkan fakta kes, tertuduh Justin Lim Tau Yik (35 tahun) telah didakwa atas kesalahan Seksyen 36 (1) (b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) kerana mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan Pendaftaran Kelahiran bayi pada tahun 2020.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM3000 jika gagal bayar denda penjara 12 bulan keatas tertuduh atas sabitan kesalahan dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu dalam pendaftaran Kelahiran/Kelahiran Mati (JPN.LM01).

"Sehubungan itu JPN menyeru serta ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa memberikan kerjasama untuk membuat aduan terus kepada pihak berkuasa bagi setiap isu penyelewengan yang dikesan agar setiap kesalahan yang dilakukan dapat di ambil tindakan penguatkuasaan dan dijatuhi hukuman di mahkamah agar menjadi teladan kepada masyarakat Malaysia amnya", cakap noor

(Noor suriati)

author
No Response

Leave a reply "Pasukan Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melakukan Kesalahan di Bawah Akta 299 Dapatkan Hukuman Setimpal"