Wawancara Utusan Malaysia Bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotika

banner 160x600
banner 468x60

MALAYSIA,Nuansasinar.com,-Satu wawancara oleh pihak Utusan Malaysia bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH CP Dato’ Razarudin bin Husain bertempat di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman.

Dalam wawancara tersebut YDH CP Dato’ Razarudin bin Husain menyatakan misi utama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ialah memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguatkuasa undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya. Namun begitu, dengan berbekalkan hanya 4.3 persen atau lebih kurang 5930 anggotaan daripada jumlah keseluruhan perjawatan PDRM, kesungguhan JSJN memerangi permasalahan dadah ini tidak boleh dipertikaikan dan buktinya, kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh JSJN saban hari terpampang di media massa. Fakta ini jelas menunjukkan agensi penguatkuasa utama negara ini memainkan peranan yang cukup penting dalam memerangi najis dadah secara holistik.

"Sekiranya warga JSJN tidak mempunyai tekad dan iltizam dalam usaha memerangi ancaman dadah pada hari ini, besar kemungkinan generasi akan datang bakal berhadapan dengan ancaman keselamatan yang lebih besar. Ancaman ini jika tidak dibendung dari awal akan menjadi barah yang tidak ada penawarnya. Kajian yang telah dijalankan oleh JSJN, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pusat Pemulihan Dadah Persendirian dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) menemukan satu trend, dimana dalam jangka masa 10 tahun mendatang jumlah penagih dadah dianggarkan akan mencecah seramai 2.4 juta orang berbekalkan penggunaan dadah sebanyak 319.4 tan. Natijahnya, sekaligus akan menyumbang kepada masalah sosial, ekonomi dan seterusnya merosakkan generasi yang akan datang," cakap YDH CP Dato' Razarudin bin Husain

Selain itu turut diketengahkan modus operandi sindiket pengedaran dadah di musim PKP ini lebih tertumpu kepada penyeludupan melalui jalan laut dan juga servis penghantaran makanan seperti grab food, food panda dan sebagainya . Trend pengedaran dadah semasa yang merentasi sempadan yang dilihat menjadi modus operandi global walaupun dunia kini diancam penularan wabak Covid-19.

Di akhir wawancara ini, YDH CP Dato’ Razarudin bin Husain menyeru kepada masyarakat agar bersama-sama berganding bahu untuk melawan ancaman musuh nombor satu negara ini yang telah membelenggu masyarakat di negara ini hampir 37 tahun ini. Masyarakat seharusnya turut menyalakan tekad dan semangat yang berkobar-kobar dengan mempunyai semangat melawan dadah seperti mana semangat patriotik melawan ideologi parti komunis pada zaman Tun Abdul Rahman.

#dadahmusuhnegara
#wawancaraPJSJN
(Noor suriati)

Email Autoresponder indonesia
author
No Response

Leave a reply "Wawancara Utusan Malaysia Bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotika"