Tokan Dadah Saat Akan Transaksi Diringkus Kepolisian Bandar Sri Jempol, Negri Sembilan

banner 160x600
banner 468x60

JEMPOL, Nuansasinar.com,-Seorang tokan dadah yang sedang menunggu pelanggannya ditangkap dalam serbuan di tepi jalan besar Felda Lui Selatan 1 dan 2 Bandar Seri Jempol, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3.52 pagi itu, suspek menyimpan kesemua dadah jenis heroin dengan nilai harga pasaran sebanyak RM17,290 di dalam beg sandangnya yang diletakkan dalam bakul motosikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, hasil pemeriksaan mendapati satu balang plastik berwarna putih, di dalamnya terdapat 27 peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan dan serbuk disyaki dadah berbahaya jenis heroin dengan anggaran berat 344.87 gram.

“Selain itu, turut ditemui satu bekas plastik di dalamnya terdapat satu peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan disyaki dadah berbahaya jenis heroin dengan anggaran berat 149.00 gram.

“Berat keseluruhan dadah yang dirampas adalah 493.87 gram dan dipercayai pasaran dadah berkenaan adalah untuk daerah ini,” katanya chank hook dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, turut dirampas dalam serbuan tersebut, satu beg berwarna hitam, satu alat timbang digital berwarna hitam manakala sebuah motosikal jenis Honda RS dan wang tunai suspek sebanyak RM550 disita.

“Suspek sudah sembilan tahun terbabit dalam penyalahgunaan dadah, namun, dipercayai baru sahaja menjadi tokan selepas keluar penjara lebih tiga bulan lalu, Dia juga mempunyai lima rekod jenayah lampau di mana empat daripadanya membabitkan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan satu di bawah Seksyen Sek 12 (2) ADB 1952,” katanya Chank hook (29/3/2021)

Suspek yang positif dadah jenis morfin kini ditahan reman dan disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952.

Agensi Anti dadah Kebangsaan menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan pemprosesan, pembekalan, penyeludupan, penjualan serta penagihan dadah.

Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

(Rakhmat/Noor suriati)

Email Autoresponder indonesia
author
No Response

Leave a reply "Tokan Dadah Saat Akan Transaksi Diringkus Kepolisian Bandar Sri Jempol, Negri Sembilan"