14 Individu Ditahan Dalam Operasi Banteras Penyelundupan Migran di Pontian

banner 160x600
banner 468x60

PONTIAN,Nuansasinar.com,-Sejumlah 14 individu termasuk empat warga tempatan ditahan dalam tiga serbuan berasingan Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, semalam. Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin.

Awang berkata dalam kejadian pertama, dua lelaki berusia 37 tahun yang bertindak sebagai transporter ditahan sedang membawa tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia kira-kira jam 2 pagi di sekitar Jalan Tanjung Bin, Pontian. Kamis (1/4/2021).

"Tiga warga Indonesia berusia di antara 24 dan 46 itu dipercayai baru saja masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan. Turut dirampas sebuah Toyota Vios yang digunakan suspek bagi menghantar ketiga-tiga PATI."ucap pontian bin.

Hasil siasatan ke atas suspek telah membawa kepada tangkapan kedua di sekitar Lorong Hj Don, ia itu seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun juga bertindak sebagai `transporterĀ“ dan dua lelaki warganegara Indonesia berumur dalam lingkungan 23 dan 38 tahun.

"Lelaki warganegara Indonesia yang berumur 38 tahun dipercayai bertindak sebagai tekong darat manakala PATI yang berumur 23 tahun dipercayai baru saja masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan serta Turut dirampas sebuah Perodua Alza yang digunakan (dalam aktiviti itu)," katanya pontian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Dimin, siasatan ke atas suspek tekong darat tersebut sekali lagi membuahkan hasil apabila membawa kepada tangkapan ketiga. Serbuan di sebuah premis beralamat di PT Baran Jalan Sanglang berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun.

"Lelaki ini bertindak sebagai individu yang bertanggungjawab menyediakan tempat perlindungan sementara PATI. Dalam serbuan itu, lima lelaki warganegara Indonesia berumur dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun yang juga dipercayai baru saja masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan turut ditahan," katanya.

Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM134,000.
Mereka dibawa ke IPD Pontian bersama barang rampasan untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 26(a) Akta Anti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran (ATIPSOM) 2007.

(Rakhmat/Noor)

Email Autoresponder indonesia
author
No Response

Leave a reply "14 Individu Ditahan Dalam Operasi Banteras Penyelundupan Migran di Pontian"