Hukuman Denda Dan Penjara Untuk Kesalahan Mengunakan Kad Pengenalan Palsu

banner 160x600
banner 468x60

TEMERLOH, Nuansasinar.com,-Pasukan penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang terus bertindak dengan memastikan setiap pesalah yang telah melakukan kesalahan mengunakan dokumen pengenalan diri palsu mendapat hukuman yang setimpal.

Di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini seorang lelaki warganegara Indonesia mengaku bersalah memiliki kad pengenalan palsu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret.

"Berdasarkan fakta kes, tertuduh Akmen bin Malik, 59 tahun hadir ke JPN Daerah Bera pada 25 Mac lalu untuk membuat pengesahan cap ibu jari bagi kegunaan Pejabat Agama Islam Bera dengan mengunakan kad pengenalan MyPR palsu. Pendakwaan terhadap tertuduh dilakukan mengikut Peraturan 25 (1) (e), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan tertuduh dijatuhi hukuman denda RM10,000 jika gagal membayar denda dikenakan penjara selama 1 tahun," tukas tim penguat kuasa (penegak hukum) yang name tak mau disebut. Senin (29/03/2021).

Tertuduh akan diserahkan ke Jabatan Imigresen Malaysia selepas selesai hukuman untuk tujuan pengusiran.
Sehubungan itu JPN menyeru serta ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa memberikan kerjasama untuk membuat aduan terus kepada pihak berkuasa bagi setiap isu penyelewengan yang dikesan agar setiap kesalahan yang dilakukan dapat diambil tindakan penguatkuasaan dan dijatuhi hukuman di mahkamah agar menjadi teladan kepada masyarakat Malaysia amnya.

(Rakhmat/Noor)

Email Autoresponder indonesia
author
No Response

Leave a reply "Hukuman Denda Dan Penjara Untuk Kesalahan Mengunakan Kad Pengenalan Palsu"